Monday, March 28, 2011

Dimana nilai kemanusiaan sebagai manusia?

Assalamualaikum semua pembaca-pembaca.. :)



Saya bukan cuba berlagak pandai, tapi Cuma ingin berkongsi sedikit apa yang saya tau yang mungkin orang lain terlepas pandang disamping mengingatkan diri saya sendiri. “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” 
(Surah al-’Asr, ayat 1-3)


p/s: Al-Quran,Hadith, Riwayat, Sirah Rasulullah dan ajaran islam adalah untuk disebarkan bukan untuk dijual mahupun disembunyikan.

Kita semua tau apa beza antara haiwan dan manusia bukan? Kalau haiwan berbuat  keburukan atau kejahatan, sudah tentulah kerana ia binatang. Kalau manusia pula berbuat kebaikan, sudah tentulah dia manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian yang mempunyai sifat kemanusiaan. Tapi wajarkah kita manusia menghukum seseekor haiwan atas sifat kebinatangannya? Adakah benar manusia mempunyai sifat kemanusiaan atau kebinatangan atau lebih teruk lagi dari binatang?  

Picture source*



Haiwan yang berada dalam keluarga “kucing” selalu menjadi mangsa kekejaman manusia. Dipukul,Ditendang,dibaling dan dibunuh. Kenapa manusia terlalu kejam pada  binatang yg bernama kucing ni! Kenapa!?

Hanya ada sekitar 3200 harimau yang tinggal di dunia Pada Mac 2010 yang terdiri daripada :
    1. Harimau Bengal: 1411
    2. Harimau Indocina: 600-800 atau kurang
    3. Harimau Cina Selatan: Kurang dari 15
    4. Harimau Siberia: Sekitar 400
    5. Harimau Sumatera: 300-350
    6. Harimau Malaya: Kurang dari 400

Antara harimau atau kucing besar yang telah pupus:
4. Harimau jawa (kali terakhir dilihat pada 1947)
 
    Tyger! Tyger! burning bright
    In the forests of the night,
    What immortal hand or eye
    Dare frame thy fearful symmetry? - William Blake



"Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya."
 ni ada salah satu bukti kekejaman manusia terhadap makhluk yang bernama "kucing" :




Kepada yang tidak menzalimi haiwan, terima kasih.. tapi bagaimana pula dengan cara kita memberi makan kepada haiwan peliharaan kita??

Saya selalu ternampak dikalangan kita memberi kepada sesama manusia, diberikan baju yang lusuh yang telah dipakai, deberikan makanan yang tidak habis dimakan yang sudah tinggal sisa-sisanya.
Saya selalu ternampak dikalangan kita memberi makan kepada haiwan peliharaan dengan sisa-sisa makanan, diberi dari tulang-tulang ikan, ayam dan sebagainya. Percayalah bahawa perbuatan itu tidak disukai oleh Allah.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai  (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”
(Surah Aali ‘Imraan, ayat 92)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan separuh buah kurma.”
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim) 

Saya harap kita sebagai manusia biarlah berbuat baik kepada semua makhluk yang ada di muka bumi ini kerana kita berkongsi dunia yang sama. Sebagai khalifah di muka bumi ini kita sepatutnya melindungi bukan menzalimi.tak sampai hati der kalau nampak orang sepak kucing! :(

p/s : By the way, entri  ni memang saya taip sendiri bukan copy paste dari mana2 artikel tapi hadith dan terjemahan Al-Quran tu Allah yg karang dan Rasulullah yang taip untuk dijadikan panduan kpd manusia.

 Wassalam...
Till next time... 

Adios~

3 comments:

fitri said...

sgtlah kejam jika bagi makanan sisa. bagilah frieskis ke sumthing kan. lagi best dan berkhasiat.

Xanaster Zak said...

aah.. betul tu... :)

cik payung umbrella said...

1 masa dulu..ckpayung pernah tgok sorg makcik yg tk berhati perut nie.. simbah air panas kat meow2 yg berkurap2..dah la kawan tu berkurap..disimbah lak air panas.. ckpayung tatau la makcik tu tk de perasaan or tk de akal..