Monday, March 28, 2011

Dimana nilai kemanusiaan sebagai manusia?

Assalamualaikum semua pembaca-pembaca.. :)



Saya bukan cuba berlagak pandai, tapi Cuma ingin berkongsi sedikit apa yang saya tau yang mungkin orang lain terlepas pandang disamping mengingatkan diri saya sendiri. “Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh, mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.” 
(Surah al-’Asr, ayat 1-3)


p/s: Al-Quran,Hadith, Riwayat, Sirah Rasulullah dan ajaran islam adalah untuk disebarkan bukan untuk dijual mahupun disembunyikan.

Kita semua tau apa beza antara haiwan dan manusia bukan? Kalau haiwan berbuat  keburukan atau kejahatan, sudah tentulah kerana ia binatang. Kalau manusia pula berbuat kebaikan, sudah tentulah dia manusia yang diciptakan dengan sebaik-baik kejadian yang mempunyai sifat kemanusiaan. Tapi wajarkah kita manusia menghukum seseekor haiwan atas sifat kebinatangannya? Adakah benar manusia mempunyai sifat kemanusiaan atau kebinatangan atau lebih teruk lagi dari binatang?  

Picture source*



Haiwan yang berada dalam keluarga “kucing” selalu menjadi mangsa kekejaman manusia. Dipukul,Ditendang,dibaling dan dibunuh. Kenapa manusia terlalu kejam pada  binatang yg bernama kucing ni! Kenapa!?

Hanya ada sekitar 3200 harimau yang tinggal di dunia Pada Mac 2010 yang terdiri daripada :
    1. Harimau Bengal: 1411
    2. Harimau Indocina: 600-800 atau kurang
    3. Harimau Cina Selatan: Kurang dari 15
    4. Harimau Siberia: Sekitar 400
    5. Harimau Sumatera: 300-350
    6. Harimau Malaya: Kurang dari 400

Antara harimau atau kucing besar yang telah pupus:
4. Harimau jawa (kali terakhir dilihat pada 1947)
 
    Tyger! Tyger! burning bright
    In the forests of the night,
    What immortal hand or eye
    Dare frame thy fearful symmetry? - William Blake



"Rasulullah SAW juga sangat mengasihi binatang. Baginda melarang kanak-kanak menyeksa binatang. Untuk menyembelih binatang, Rasulullah SAW berpesan supaya menggunakan pisau yang tajam, agar binatang tersebut cepat mati dan tidak lama dalam kesakitan. Rasulullah SAW sering mengingatkan supaya unta-unta dan himar tidak dibebani oleh muatan yang berlebihan daripada apa yang sanggup ditanggung. Pernah seekor kucing tidur atas serban Rasulullah SAW. Maka baginda menggunting bahagian tempat kucing itu tidur di atasnya kerana tidak mahu mengejutkan kucing tersebut. Ketika dalam perjalanan dan Madinah ke Makkah di tahun kemenangan, Rasulullah melihat seekor anjing di tepi jalan. Anjing itu mengeluarkan suara seakan-akan membujuk anaknya yang sedang mengerumuninya untuk menyusu. Maka Rasulullah meminta seorang Sahabat untuk menjaga jangan sampai ada dan kalangan anggota rombongan baginda yang mengganggu anjing itu dan anak-anaknya. Ketika Rasulullah melihat seekor himar yang telah diberi tanda dengan besi panas di mukanya, baginda menentangnya dan melarang haiwan diberi tanda dan dipukul di mukanya."
 ni ada salah satu bukti kekejaman manusia terhadap makhluk yang bernama "kucing" :




Kepada yang tidak menzalimi haiwan, terima kasih.. tapi bagaimana pula dengan cara kita memberi makan kepada haiwan peliharaan kita??

Saya selalu ternampak dikalangan kita memberi kepada sesama manusia, diberikan baju yang lusuh yang telah dipakai, deberikan makanan yang tidak habis dimakan yang sudah tinggal sisa-sisanya.
Saya selalu ternampak dikalangan kita memberi makan kepada haiwan peliharaan dengan sisa-sisa makanan, diberi dari tulang-tulang ikan, ayam dan sebagainya. Percayalah bahawa perbuatan itu tidak disukai oleh Allah.

“Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai  (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi.”
(Surah Aali ‘Imraan, ayat 92)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Takutlah kamu akan api neraka walaupun dengan separuh buah kurma.”
(Hadits riwayat Bukhari dan Muslim) 

Saya harap kita sebagai manusia biarlah berbuat baik kepada semua makhluk yang ada di muka bumi ini kerana kita berkongsi dunia yang sama. Sebagai khalifah di muka bumi ini kita sepatutnya melindungi bukan menzalimi.tak sampai hati der kalau nampak orang sepak kucing! :(

p/s : By the way, entri  ni memang saya taip sendiri bukan copy paste dari mana2 artikel tapi hadith dan terjemahan Al-Quran tu Allah yg karang dan Rasulullah yang taip untuk dijadikan panduan kpd manusia.

 Wassalam...
Till next time... 

Adios~

3 comments:

Thursday, March 24, 2011

Projek terbaru - Couple T- shirt

Assalamualaikum... :) hello everybody! especially followers and friends...
sebenarnya dalam minggu ni saya agak hepi jugak sebab blog ni dah mula dikunjungi.. maklumlah saya ni blogger baru sebenarnya.. blog pun buruks (>___<)heheheeee

Hari ni saya nak buat iklan sikit sebenarnya.. iklan ape? meh ar tengok2~ (n_n). Saya nak tanya sape sini yang dah ade pasangan? suami/isteri? pakwe/ makwe? hubby/baby?. Rasanya kebanyakan bloggers2 mesti dah ada kan? so kalau dah ada, saya rasa rugilah kalau korang takde bende ni.. tehehehe.... bende ape!? Astaghafirullah.. ni bukan produk untuk tenaga batin ar... rileks k.. barang saya cakap ni ialah "Couple T-Shirt"




Korang rasa ar kan... best tak kalau baju tu ade gambar korang dengan pasangan korang? dan baju tu direka mengikut corak dan warna kegemaran korang? pendek kata boleh buat suke ati ar.. amacam? best tak?





contohnya lebih kurang macam ni :

Front view
Ni corak pada bahagian depan baju tu...




dan bahagian belakang baju tu macam ni:

Back

Baju ni sebenarnya kawan saya punya.. kawan satu tempat kerja... dorang cakap banyak baju couple yang jual kat luar tu tak sesuai so dorang  order kat saya untuk saya buatkan design, edit gambar dan lukiskan doodle untuk baju couple dorang.. Sumenye saya buat sendiri mengikut citarasa dorang..






Kedua-dua mereka dah berpuas hati dengan design yang saya buat.. lepas ni dorang nak hantar pergi printing plakKorang pembaca-pembaca sume taknak ke buat baju macam ni? boleh juga dijadikan sebagai hadiah ulangtahun... Kalau nak boleh ar order terus dengan saya tak kisah nak mesej pakai FB ke.. atau blogger pun boleh.. email pun boleh.. email je kat Seveightsix786@hotmail.com atau search je kat FB pakai email tu... Alaaa~ susah sangat contact pakai FB je ar nah klik sini.Tapi kalau ade yang duk area Klang/Shah alam tu nak order elok ar kalau deal face to face lagi senang.. 

Ingat! saya cuma reka design-nya sahaja.. bukan buat siap dengan baju sebab saya belum ade kilang cetak baju lagi.. hehehee ^_^


Harga plak kalau macam gambar kat atas ni saya kenakan cuma RM50 sahaja. Harga juga bergantung pada corak, kalau simple mungkin saya kenakan RM40 je, kalau banyak corak dan warna mungkin lebih sikit dari RM50. Tapi jangan risau, deal dengan saya senang je, harga masih boleh dirunding lagi.. :)



Add caption

Apapun aku ucapkan terima kasih kat korang dua orang.. Seronok dapat bekerjasama.Kalau nak order lagi silalah jangan segan2..




Aku doakan kat ko Epi & Sue semoga korang kekal sampai ke jinjang pelamin pelamin anganku musnah... Aku dengar pun korang dah bercadang nak berkahwin akan datang.. bagus ar.. Aku akan doakan korang berdua.



Till next time....
Adios~


Wassalam....

2 comments:

Tuesday, March 15, 2011

Usaha sendiri lebih baik dari mencuri



Assalamualaikum...


Hello kawan-kawan, pembaca-pemabaca tak kira silent reader ataupun tak, follower-flower sekalian dan Hello everybody..! yeehaa! hahaha.. ni hao ma? (n_n)




Entri yang lepas sebenarnya telah mendorong saya untuk update blog hari ini. hehe.  ade ar jugak orang yang order. ade yang mintak buat design baju untuk couple, ade yang mintak ajar, ade yang nak buat sticker, ade yang komen n ade gak yang mesej kat Fb. Anyway TQ so much sebab tu semua akan mebakar semangat aku lagi.. hehe (ayat poyo). Pada korang yang ade request mintak ajar tu, sori ar ye saya belum sedia lagi nak mengajar orang sebab saya bukanlah pandai sangat tapi takpe, mungkin boleh belajar sikit kat entri ni dan praktikkan.. bace ar.. bace jangan malu-malu.. scroll-down je.. hehee






So entri kali ni saya nak tunjuk sikit macam mana cara saya buat kerja design ni. bukan ar saya nak menunjuk atau berlagak pandai tapi nak buktikan yang semua design tu memang saya buat sendiri. takde pembantu pun yang ada cuma Photoshop CS3. takkan ar saya nak amik pic orang lain.. takkan ar saya nak cari kat google pastu tampal kat blog dan kata tu artwork saya. Letak kat blog dan jual kat orang. Itu dah dikira mencuri dan mencuri memanglah tak elok. Kalau orang curi artwork saya dan mengaku dia punya dah tentu saya pun tak suka. Perbuatan macam tu memang tidak ada langsung dalam hidup saya. hohoho.. (-o-)



Ok lets straigh to the point :


   


mula-mula sebelum membuat doodle saya akan buat lakaran pada kertas terlebih dulu sampai dapat hasil yang memuaskan macam gambar kat atas. doodle ni saya buatkan khas untuk Sengat sebenarnya tapi saya previu-kan balik untuk tunjukkan bagaimana cara-selalunya-saya-menghasilkan-doodle (wah ayat ape ni!). jadi dah ternyata lah kan saya tak copy gambar dari mana-mana tapi memang saya yang buat sendiri.




lepas buat lakaran, gambar tu akan di-scan untuk dijadikan soft copy. Kemudian "drag" soft copy tu ke dalam Photoshop dan kurangkan opacity gambar tu untuk memudahkan kerja-kerja tracing (tekap). rujuk gambar diatas. Biasanya saya akan mengubah saiz gambar terlebih dulu (Alt+Ctrl+I). saiz yang biasa saya gunakan ialah : Width-36.12cm,Height-27.09cm,Resolution-300pixels (pixel 300 akan membuatkan gambar lebih berkualiti dan tidah pecah bila zoom bergantung pada saiz gambar).





Kemudian "create new layer". Layer baru ni untuk adalah untuk lakaran baru yang akan dibuat nanti dan memudahkan kerja-kerja pembetulan kalau terdapat kesalahan nanti. Pergi ke bawah sebelah kanan dan klik pada new layer macam gambar diatas.







Klik pada icon brush yang ada di sebelah kiri dan set saiz brush yang besesuaian kerana lakaran akan dibuat menggunakan brush!






Selepas set saiz brush, pergi ke sebelah kanan dan klik pada icon brush disitu dan pilih opsyen "brush tip shape" untuk set spacing brush untuk dapatkan garisan yang rata dan tidak berombak. setkan untuk tiada spacing disitu macam gambar diatas.







Garisan akan dibuat menggunakan pen-tool. pergi ke sebelah kiri dan klik pada icon pen-tool. kemudian pergi pada menu diatas dan pilih mode "path".






Selepas tu boleh la mulakan proses tracing atau tekap. mulakan membuat garisan berdasarkan gambar tadi. 






Lepas dapat garisan yang dibuat menggunakan pen-tool tadi, klik mouse kanan (right-click) dan pilih stroke path. Pilih opsyen brush mode. (jangan tik pada ruang "stimulate pressure"). rujuk gambar diatas.






Garisan yang dikehendaki akan terbina macam dalam gambar no.1 diatas. Klik mouse kanan (right-click) dan pilih "delete path" untuk hilangkan garisan yang terhasil daripada pen-tool tadi seperti gambar no.2 diatas. Garisan yang sempurna dah pun siap macam gambar no.3 diatas.






Ulang proses 1,2 dan 3 sehingga sempurna lakaran doodle tu. mainkan juga saiz brush untuk saiz garisan yang berbeza. setelah siap, gambar scan tadi boleh lah dibuang ataupun hidden saja.(klik pada icon mata yang ada pada layer menu disebelah kanan untuk hidden.






Seterusnya ialah proses mewarna. proses yang paling susah dan leceh untuk menghasilkan doodle. So saya cuma akan tunjukkan hasilnya sahaja, mungkin lain kali saja saya tunjukkan cara saya mewarnakan doodle.







Selepas siap doodle diwarnakan barulah mula untuk membuat background. hanya ikut idea dan kreativiti. cuma gunakan apa yang ada saja seperti brush, shape, gradient dan lain2. semuanya boleh di-download dengan percuma asalkan bukan untuk tujuan komersil.



Selepas siap semuanya, save kepada format PSD supaya ia boleh di-edit dan diolah semula jika hendak membuat perubahan pada doodle di masa akan datang . dan save kepada format jpg untuk dipapar pada blog.






macam ni ar cara saya membuat doodle dan lukisan-lukisan yang lain.



P/S: Bukan senang untuk menghasilkan kerja-kerja ni. jadi patutkah seseorang tu untuk mencuri hasil kerja orang lain dan mengaku itu adalah hasil kerjanya? menciplak tu adalah sama dengan mencuri dan sememangnya tidak bagus. jadi kepada penciplak-penciplak diluar sana berhentilah daripada mencuri kepunyaan orang lain, belajarlah untuk berusaha dan bersusah payah sendiri. takkan ada pencuri pun yang dihormati masyarakat.




Till next time...
Wassalam

Adios~                                                                                                                                                          












4 comments:

Friday, March 4, 2011

Contoh Blog Header

hello everybody...
Assalamualaikum :)
Apa macam sumua kawan-kawan? ada baik ka? gitulah hendaknye.. hehee...


cerita aku kali ni begini sebenarnye...
once upon a time


Pada entri yang lepas saya ade mempromosikan diri sendiri untuk membuat design grafik seperti logo, label dan jugak header blog.. design yang simple yang sememangnye saya buat sendiri.. konon-kononye nak jadikan sebagai keje part-time ar.. heee

pada beberapa hari yang lepas ade beberapa orang yang nak saya buatkan header.. tapi tak jadi buat sebab saya tak sediakan contoh header.. saya mintak maaf atas kecuaian saya tu... so dalam entri kali ni saya nak bagi sikit contoh header tu untuk korang yang berminat nak tukar header baru.. so boleh tengok dan belek-belek dulu, pikir-pikir.. 
kalau berminat boleh ar tinggalkan komen kat bawah ni nanti ok ?? (n__n)






so ni dia contoh header yang pertama:


Bagi penggemar header yang simple dan tak suka warna-warni sangat macam saya  so header jenis camni mungkin korang minat. gambar atas ni cuma contoh je.. kalau korang ade gambar yang lagi baik yang korang nak dijadikan header so boleh ar hantar kat email saya.sabar.. jap lagi sy bagi email k :) Saya akan cuba buat mengikut cita rasa korang sendiri..





contoh header yang kedua:

Warna-warni.. saya tau ramai jugak yang suka dengan warna-warni.so header yang camni mungkin menjadi pilihan korang.. ni contoh je, kalau korang nak kaler yang korang minat pun boleh jugak.. InsyAllah saya akan buat mengikut warna-warna kegemaran korang tu.. 






Ok.. kedua-dua contoh kat atas tadi tu ialah header yang  bertema kartun atau ala-ala komik sikit, karakter atau doodle dalam tu memang saya lukis sendiri,  so kalau ade yang berminat nak ade watak doodle sendiri saya akan lukiskan jugak, cuma bagi je gambar korang yang real tu untuk saya tiru sikit-sikit dan jadikan doodle untuk dimuatkan dalam header korang tu...bzz bzz~ macam serabut je ayat ni~ sorii (U__U). kalau tak paham just pahamkan je ar k..  hehee...



Atau mungkin ade jugak yang tak berapa minat dengan header yang kartun-kartun camtu.. apa  pun sebab korang tak suka  header yang bertema kartun tu jangan risau, sebab saya masih ade 1 lagi contoh.. hehe... usha jangan tak usha~ (^_^) 






contoh header yang ketiga:
Hah.. yang ni lain sikit... kepade korang yang minat nak letak gambar sendiri  atau gambar awek/pakwe korang kat header pun boleh.. email je gambar tu kat saya, pilih ar warna kegemaran korang untuk dijadikan background atau tema untuk header korang tu... 




   

Tu saja contoh yang dapat saya bagi setakat ni... nanti kalau ade lagi saya akan update lagi kat blog ni.. hehee.. (^_^) ni first time sebenarnya bagi saya "membuat header" ni.. mugkin hasil kerja saya tak sebaik otai-otai grafik yang lain, tapi apa yang saya boleh janjikan disini ialah saya akan cuba yang terbaik mengikut kreativiti dan kegemaran korang.



Peraturan saya senang je, kalau puas ati boleh ar buat bayaran, kalau tak puas ati tak perlu bayar..




Apa yang saya tawarkan disini ialah harga setiap header yang saya buat cuma RM10 je untuk 50 orang pertama sebagai harga pengenalan (^__^)




     So apa macam? ada teruja ka? berminat nak dapat header baru? hehehe... sape yang rasa nak tempah tu boleh ar tingggalkan komen kat bawah ni, atau jugak boleh mesej sy kat fb: seveightsix786@hotmail.com
jangan lupa bagi sekali saiz header korang ok!


  

    Pada yang tak minat tu takpe, terima kasih sebab baca entri ni sampai habis..



OK
last dari saya, till next time~
peace! Assalamualaikum

Adios~~ :)

4 comments: